Wednesday, December 1, 2010

Last breath HAFIZ HAMIDUN

Last Breath - Ahmed Bukhatir (With Lyrics)

Wednesday, November 3, 2010

Salam Imtihan buat semua....

* Ma'attaufiq binnajah....
* Ganbate kudasai....
* All the Best...
* Selamat Maju Jaya...

Sekadar renungan bersama....

Salam...

Dari Anas r.a., daripada Nabi s.a.w., katanya : "Ada tiga perkara, barangsiapa melaksanakan ketiga-tiganya, nescaya ia akan mendapat kemanisan iman(halawatul iman) :
1) Orang yang cinta kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi daripada cintanya kepada yang lain daripada keduanya.
2) Orang yang mencintai orang lain kerana Allah semata-mata.
3) Orang yang benci untuk kembali kepada kafir, setelah Allah melepaskanya daripada (belenggu) kekafiran itu, sama dengan bencinya akan dijatuhkan ke dalam neraka."

-Hadis ke-16 Sahih Bukhari jilid 1-


Dari Anas r.a., katanya Rasulullah bersabda : "Tidak sempurna iman seseorang kamu, sebelum ia lebih mencintai aku daripada mencintai ibu bapanya, anaknya dan manusia lain."

-Hadis ke-11 Sahih Bukhari jilid 1-


Thursday, October 14, 2010

Subhanallah

Salam...

Gambar-gambar ini sekadar untuk mencuci mata dan mengagumi kebesaran Allah yang mencipta alam ini...Cantik-cantik gambar ni semua...












Open Your Eyes to See All The Existance of Allah

Sunday, October 10, 2010

Adab Menguap


Salam...

1. Menahan menguap sekadar termampu:* Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r. a., daripada Nabi Muhammad s. a. w., bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallaah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap:* Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.

3. Makruh mengangkat suara ketika menguap:* Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi Muhammad s. a. w. katanya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu. Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasullah s. aw. yang bermaksud: Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin. Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi alaihis-salam tidak pernah menguap sama sekali, niscaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.