Monday, July 4, 2011

Terjemahan ayat (Al-Mukminun : 1-11)


TUJUH SIFAT YANG MENJADIKAN ORANG-ORANG MUKMIN BERUNTUNG…

(AL-MU’MINUN : 1-11).

1. Sungguh beruntung orang-orang yang beriman.

2. (iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya.

3. Dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna.

4. Dan orang yang menunaikan zakat.

5. Dan orang yang memelihara kemaluannya.

6. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka tidak tercela.

7. Tetapi barangsiapa mencari di balik itu (zina dsb), maka mereka itulah orang-orang yang melampau batas.

8. Dan (sungguh beruntung) orang yang memelihara amanat-amanat dan janji-janjinya.

9. Serta orang yang memelihara solatnya.

10. Mereka itulah orang yang akan mewarisi.

11. (yakni) yang akan mewarisi (syurga) Firdaus.Mereka kekal di dalamnya.

No comments:

Post a Comment