Thursday, May 19, 2011

Mestica - Sendu Sendawa (HQ Audio)


Salam...
Just nak share tajuk yang didengar pagi tadi dalam IKIMFM. Tajuk sendu sendawa.
Apa yang dimaksudkan dengan sendu sendawa dan kaitannya dalam konteks hidup berjiran?
Selalukah kita bertanya khabar sihat demam jiran kita?
Adakah kita tahu siapa jiran kita atau kita hanya mengambil tahu hal ehwal rumah kita?
Adakah mereka cukup segalanya atau mereka hidup serba kekurangan?

Janganlah kita pentingkan diri kita sendiri sahaja. Tanpa mengambil tahu tentang sekeliling. Apa guna hidup berjiran jika hanya mahu pentingkan diri sendiri sahaja? Lebih baik hidup sendirian seperti 'kera sumbang'.

Teringat sewaktu saya menyakan kawan saya apa yang dimaksudkan dengan sendu sendawa? Dia pun menjawab bahawa sendu itu ialah adakah jiran kita itu kenyang? Sendawa pulak adakah mereka lapar? Kalau lapar sendawa ke? Tapi kalu diikutkan betul jugak. Dalam hidup berjiran, kita mesti tahu jiran kita siapa, cukup makan atau tidak, sihat ke demam dan sebagainya.

Cuba kita fikirkan kalau kita hidup sorang-sorang dalam dunia ni. Mesti sunyi. Lepas tu, kalau kita ada masalah, nak cakap kat sape? Siapa nak tolong kita? Begitulah juga dalam hidup berjiran. Ada waktu kita dalam kesusahan merekalah sahaja yang dapat membentu, kalau nak diharapkan saudara yang tinggal jauh mungkin tidak sempat. Begitulah juga kalau mereka sakit, kita haruslah membantu sedaya upaya kita.

Terdapat satu hadis dalam Shahih Bukhari Jilid 3, bernombor 1168 yang berbunyi :
- Dari Abdullah bin Umar r.a. , Rasulullah s.a.w. bersabda: " Orang Islam itu saudara orang Islam; ia tidak menaniayanya dan tidak pula membiarkannya teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya, Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Siapa yang menutup rahsia orang Islam, Allah akan menutup rahsianya di hari kiamat nanti."

Hadis ini menggambarkan betapa pentingnya kehidupan tolong menolong. Bukan hanya dalam hidup berjiran malahan juga di mana-mana sahaja. Kita janganlah hanya memikirkan apakah yang pernah ditolong atau apakah bantuan yang diberikan oleh mereka kita tetapi fikirkanlah adakah kita pernah menolong saudara atau jiran kita? Atau bantuan apa yang pernah disumbangkan oleh kita kepada mereka? Fikir-fikirkanlah.