Friday, January 29, 2010

Ketika Cinta Bertasbih

Salam...
Knp saya letak tjuk post kali ni Ketika Cinta Bertasbih???
Sebabnya,sblm melawat blog ni,saya tlh menonton KCB bersama teman tersayang di bilik .... di kk12..
Cerita ni asal dr sebuah novel karya Habiburrahman El Shirazy dgn tjuk yg sama tp tlh diadaptasikan ke dlm filem...penulis yg sama juga tlh menulis novel Ayat2 Cinta yg meletup tu...

Bagi saya,cerita ni byk pengajaran jugak..antaranya:
1)Berhati2:
dlm cite ni,ada satu scene yg menunjukkan watak utamanya,Azzam,yg x bagi roomate dia tumpangkan kwnnya menginap dlm rumah diorang..mungkin dia ada feel benda buruk nak jadi kot+kita x bole percaya sgt kat org luar ni,tmbh2 lg wkt kita berada kt luar negara sbb bleh jd kita akan mudah ditipu...dan ternyata ketidakizinan Azzam tu ada natijahnya sbb mlm tu ada polis dtg rumah diorang nak cari sorang pengganas ni...polis tu dpt tahu pengganas tu ada kt rumah diorang..dan mmg btul org yg nak menginap tu adlh pengganas(kwn kpd roomate Azzam tu) ....nasib baik Azzam x bagi dia menginap,klu x,dgn diorang sekali masuk jel...

2)Redha:
knp saya ckp redha?sbnrnya kwn saya yg ckp cite ni byk mengajar erti redha...cthnya,Azzam yg redha bila dpt tahu yg org yg dia suka(watak utama per,Anna) tu sudah dipinang org....pastu,Azzam tu redha dia dijodohkan dgn sape2 oleh kiyai Lutfi..dia sami'na waato'na...

dan byk lg la,saya x dpt nak pikir dah...klu nak tahu lebih lanjut,tgk la sendiri..cite ni jugak mengajar kita sume bhw jodoh tu di tgn Allah...klu Allah da ttpkan kita dgn org ni,mmg kita akan bersama dgn dia jugak akhirnya..x perlu la sibuk nak bercouple....bukan jamin pun couple kita tu akan jd suami au isteri kita...


Ok,ats psl KCB,skrg nak cite psl diri saya plak..hehe....
akhirnya berakhir jugak minggu ni..dan bln 1 pun da nak abis...nak masuk bln 2 plak...sekejap je rasanya...1hb 2 ni cuti Hari Wilayah..so,dpt la cuti 3 hari,sabtu,ahad,isnin..dan yg plg ptg,bole balik....hahaha..cdgnya sabtu nak balik sbb klu blik jumaat,x sempat...amali fizik je td abis kul 6..alhamdulillah eksperimen hari ni agak senang...

Esok,bersamaan hari sabtu,ada pertandingan mengacau bubur asyura kat kolej 12 ni,anjuran Frienster 12...ahad plak ada lari2 keliling UM...yg dirasmikan oleh Dato' Ahmad Shabery Cheek..sbnrnya nak tgk gak org kacau asyura esok,tp nak balik... nk tgk sbb bdk Apids yg masuk pertandingan tu..InsyaAllah klu sempat esok,saya g tgk kejap diorang memasak..hehe..nantikan kemunculan saya duhai shbt2ku sekalian...

rasanya sampai kat cni je kot post kali ni...nak siapkan sume tutorial sblm blik sbb klu balik,x bole nak buat tutorial...sekian,jumpa lagi..wassalam.....

Wednesday, January 27, 2010

4 Golongan Lelaki

Salam...alhamdulillah hari ni InsyaAllah saya nak berkongsi ckit tazkirah ttg 4 golongan lelaki....siapakah golongan tersebut?Jawapannya ada di bawah ni....


4 Golongan Lelaki

Pertama:- Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat..... tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri...... walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya..... jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM .... tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak....... nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat... maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S. W. T.


Wahai sahabat2 lelaki sekalian...Adakah anda sudah menjalankan tanggungjawab kalian semua???
Sepatutnya sebagai lelaki yang menjadi pemimpin kepada sesebuah keluarga,menjadi tanggungjawab anda semua terhadap insan yang bergelar wanita...
Mahukah anda ditarik ke dalam api neraka disebabkan perkara ini??

Jadi fikir2kanlah...

Saturday, January 23, 2010

Testing..testing..

Salam...
Alhamdulillah,akhirnya saya berjaya juga membuat blog saya sendiri pada hari ni,bersamaan 24 January 2010..da lame da sbnrnye nak buat,tapi x de mase...tp ari ni terbuat gak...sambil menyiapkan note chem yang da lama tertangguh..hehe....sekian dulu utk permulaan ni..nak sambung wat tutorial plak....wassalam...