Sunday, December 5, 2010

Who is Smarter?


Salam....

Sekian lama tidak menulis di ruangan ini, akhirnya dapat jugak menulis...

Cerita di bawah ini sekadar rekaan untuk gurauan semata-mata....

Four MBA students were boozing till late night and didn't study for the test which was scheduled for the next day.

In the morning they thought of a plan. They made themselves look as
dirty and weird as they could with grease and dirt. Then they went up to
the dean and said that they had gone to a wedding last night and on
their return the tyre of their car burst and they had to push the car
all the way back and that they were in no condition to appear for the
test.

The Dean was a just person so he said that they can have a retest after
three days.

After 3 days they said they were ready. On the third day they appeared
before the dean. The Dean said that as this was a special condition all
four were required to be in separate rooms for the test.

They all agreed as they had prepared well in the last three days. The
test consisted of two question with a total of 100 marks.


Q1. Write down your Names. (2 marks)

Q2. Which tyre burst ? (98 marks)


Wednesday, December 1, 2010

Last breath HAFIZ HAMIDUN

Last Breath - Ahmed Bukhatir (With Lyrics)

Wednesday, November 3, 2010

Salam Imtihan buat semua....

* Ma'attaufiq binnajah....
* Ganbate kudasai....
* All the Best...
* Selamat Maju Jaya...

Sekadar renungan bersama....

Salam...

Dari Anas r.a., daripada Nabi s.a.w., katanya : "Ada tiga perkara, barangsiapa melaksanakan ketiga-tiganya, nescaya ia akan mendapat kemanisan iman(halawatul iman) :
1) Orang yang cinta kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi daripada cintanya kepada yang lain daripada keduanya.
2) Orang yang mencintai orang lain kerana Allah semata-mata.
3) Orang yang benci untuk kembali kepada kafir, setelah Allah melepaskanya daripada (belenggu) kekafiran itu, sama dengan bencinya akan dijatuhkan ke dalam neraka."

-Hadis ke-16 Sahih Bukhari jilid 1-


Dari Anas r.a., katanya Rasulullah bersabda : "Tidak sempurna iman seseorang kamu, sebelum ia lebih mencintai aku daripada mencintai ibu bapanya, anaknya dan manusia lain."

-Hadis ke-11 Sahih Bukhari jilid 1-


Thursday, October 14, 2010

Subhanallah

Salam...

Gambar-gambar ini sekadar untuk mencuci mata dan mengagumi kebesaran Allah yang mencipta alam ini...Cantik-cantik gambar ni semua...












Open Your Eyes to See All The Existance of Allah

Sunday, October 10, 2010

Adab Menguap


Salam...

1. Menahan menguap sekadar termampu:* Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r. a., daripada Nabi Muhammad s. a. w., bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallaah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap:* Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.

3. Makruh mengangkat suara ketika menguap:* Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi Muhammad s. a. w. katanya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu. Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasullah s. aw. yang bermaksud: Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin. Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi alaihis-salam tidak pernah menguap sama sekali, niscaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.

5 syarat nak buat maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

TUJUH SIFAT YANG MENJADIKAN ORANG-ORANG MUKMIN BERUNTUNG…


Salam....

Please read and try to understand what is all about in this Surah Al-Mukminun(1-11).

﴿بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ ﴾

In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

﴿قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ - الَّذِينَ هُمْ فِى صَلاَتِهِمْ خَـشِعُونَ - وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُّعْرِضُونَ - وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَـوةِ فَـعِلُونَ - وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَـفِظُونَ - إِلاَّ عَلَى أَزْوَجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَـنُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ - فَمَنِ ابْتَغَى وَرَآءَ ذلِكَ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْعَادُونَ - وَالَّذِينَ هُمْ لاًّمَـنَـتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَعُونَ ﴾

وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَوتِهِمْ يُحَـفِظُونَ- أُوْلَـئِكَ هُمُ الْورِثُونَ- الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَـلِدُونَ-﴾

(1. Successful indeed are the believers.)

(2. Those who with their Salah are Khashi`un.)

(3. And those who turn away from Al-Laghw.)

(4. And those who pay the Zakah.)

(5. And those who guard their private parts.)

(6. Except from their wives or their right hand possessions, for then, they are free from blame.)

(7. But whoever seeks beyond that, then those are the transgressors.)

(8. Those who are faithfully true to their Amanat and to their covenants are Ra`un.)

(9. And those who strictly guard their Salawat.)

(10. These are indeed the heirs. )

(11. Who shall inherit Firdaws. They shall dwell therein forever.)

p/s : a source from e-book of Tafsir Ibn Kathir...

10 Peringatan Bumi

Salam.....

Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas Bin Malik r. a;

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Friday, July 23, 2010

FESTIVAL KONVOKESYEN UNIVERSITI MALAYA 2010 ( FESKUM10 )

Salam...

FESKUM kembali lagi.....

Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang menarik sepanjang Feskum berlangsung...



Majlis Perasmian
31.7.2010(Sabtu) - 3.00p.m.
Auditorium Kompleks Perdanasiswa

Futsal Piala Datuk Naib Canselor
1.8.2010(Ahad) - 8.00a.m.
Gelanggang Futsal,Fakulti Undang-undang

MAWARIS(Malam Warga Istimewa)
4.8.2010(Rabu) - 8.00p.m.
Auditorium Kompleks Perdanasiswa

Bicara Mufti
5.8.2010(Khamis) - 8.00p.m.
Auditorium Kompleks Perdanasiswa

Suara Siswa
6.8.2010(Jumaat) - 8.00p.m.
Auditorium Kompleks Perdanasiswa

Kempen Derma Darah
2 - 4.8.2010(Isnin - Rabu) - 12.00p.m. - 5.00p.m.
Auditorium Kompleks Perdanasiswa

Pameran
2 - 7.8.2010(Isnin - Sabtu ) -9.00a.m. - 10.00p.m.
Ruang Legar Kompleks Perdanasiswa

Pertandingan Gerai Contoh
2 - 7.8.2010(Isnin - Sabtu ) -9.00a.m. - 10.00p.m.
Tapak Premium C (Gerai Pelajar)

Gerai Jualan
2 - 7.8.2010(Isnin - Sabtu ) -9.00a.m. - 10.00p.m.
Sekitar Auditorium Kompleks Perdanasiswa & Dewan Tunku Canselor

Mock Trial
4 - 7.8.2010(Rabu - Sabtu) - 9.00p.m.
Auditorium Fakulti Undang-undang


Sebarang pertanyaan,sila hubungi :
Malarvilli Meganathan - 017 5412284


So,dijemput semua warga Malaysia amnya dan warga Universiti Malaya khususnya untuk hadir dan bersama-sama memeriahkan lagi FESKUM2010............

Sekian dahulu untuk kali ini......wassalam...............



























































Thursday, July 15, 2010

SO TIRED..........


salam....

I feel so tired this week...dengan jadual yang tidak menentu..ye la kan...ni baru first week..feel like everyday I have to think about my schedule....argh.........

tapi alhamdulillah ni baru first week dan merupakan minggu add and drop,so lecture pun just introduction.....

teringat lecture pengantar usuluddin tengah hari tadi,lecturer tu ada cakap sepatutnya sebagai orang Islam,kita kena melazimi diri kita dengan menyebut Allah bukan Tuhan...sebab Allah itu Esa,bukan Satu...kalau satu,ada nombor lain sebelum dan selepas nombor satu...esa pulak lebih kurang macam tunggal,ahad bukan wahid......seperti kisah Bilal bin Rabah saat diseksa oleh tuannya...Bilal menyebut Ahad.....Ahad...Ahad.... yang bermaksud Esa...kalau wahid maksudnya satu..

Hatta dalam numeric number pun ada nombor sebelum 0....betul tak?kalau tak betul,sorry ek....ingat-ingat lupa...

lagi satu lecturer tu kata,kalau sebut Tuhan dan ulang sebanyak 3 kali,akan dengar seperti tu han tu....kan ada bunyi hantu...that's why la orang Melayu ni kebanyakannya lebih takutkan hantu daripada Allah....sebab tak takut Allah lah,suka buat maksiat(perkara jahat)........

one thing yang akan membuat diri ini busy ialah saya terlibat dengan unit penerangan dan publisiti untuk FESKUM(Festival Konvo. UM).....nak balik pun terpaksa tangguh...sepatutnya nak balik jumaat pagi,tapi balik petang pulak sebab ada meeting....tapi tidak mengapa....ni lah saat nak mengaktifkan diri....dan tak lupa,nak cari pengalaman...hehe....semoga Allah permudahkan segala urusan kami...Amiiin.........

sekian dulu untuk hari ni,sekian...wallahua'alm....wassalam.............

Saturday, July 10, 2010

Freshies........


Salam sejahtera,salam 1 Malaysia...........


Alhamulillah Minggu Haluan Siswa sudah berakhir dengan jayanya pada Jumaat baru-baru ini...


Dan bermula juga kehidupanku sebagai mahasiswi di universiti tertua dan terulung di Malaysia tidak asing lagi iaitu Universiti Malaya....


Ha...esok dah start kuliah pertama..berdebar jugak rasenya..Maklumlah sebelum ni asasi,jadual pun ditentukan...tapi sekarang da buat jadual sendiri mengikut kesesuaian masa yang ada...


Sekian dulu untuk kali ini,ada masa akan bersambung dengan kehidupanku di UM....


Wassalam....

Saturday, April 24, 2010

CUTI...CUTI....

Salam.....

setelah sekian lama tidak menulis di blog ini,rasa-rasanya da berapa minggu da....sibuk dengan exam lagi...sibuk dengan study lagi..hehe..

tetapi akhirnya berakhir jua kehidupan di asasi sejak seminggu lalu...ini bermakna cuti sudah bermula selama kira2 3 bulan sebelum masuk semula ke UM untuk sesi 10/11 untuk alam degree pulak...hehe...

rasa macam x percaya je..da nak masuk degree...umur pun da nak masuk 20thn...cam tua je...ini mengingatkan diri bahawa semakin dekat usia nak mati...amal pun ntah cukup ntah tidak...tetapi insyaallah akan buat amal selagi termampu....

so,untuk mengisi masa cuti ni,beberapa perkara harus diselesaikan...
1) baca buku(ape2 je la)
2) banyakkan amal ibadah
3) tanggungjawab terhadap Allah..

sekian untuk kali ni,,,,wassalam......

Wednesday, March 31, 2010

SAHABAT..........


salam...setelah sekian lama tidak berkunjung ke blog ni,akhirnya dapat juga...


sekadar nak menyampaikan ilmu yang tak seberapa...
Antara panduan memilih sahabat:


1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.


2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.


3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.


4) Hargai pendapat satu sama lain.


5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam.Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.


6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.


7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula. Belajar daripada satu sama lain.


9) Jangan mengata di belakang kawan anda.


10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.




Sunday, February 28, 2010

CINTA 5 PERKARA

" Cinta kpd Allah,
Cinta Rasul,
Cinta Ibu Bapa,
Cinta kpd Ummah,
Cinta kpd Kecemerlangan,
Marilah kita semua,
Cinta 5 perkara..."


Salam..

t'ingat lirik lagu ttg cinta 5 perkara yg sepatutnya diutamakan dgn meletakkan cinta kpd Allah melebihi cinta2 lain...sbnarnya lagu ni saya bru dpt sewaktu mengendalikan program 'Cinta Rasul' yg tlh diadakan pd 26/2/2010 di kwsn berhampiran..program ni diadakan sempena menyambut Maulidurrasul..pesertanya terdiri drpd kanak2 berusia 3thn hingga 12thn...

sgt menyeronokkan dapat menyertai program ni walaupun hanya menjadi ajk program coz dpt ilmu skali sbb ade slot ceramah di samping ldk..

perkara yang sgt dirasakan ialah apabila adik2 yg menjadi peserta tu memanggil kami semua ustazah...hehe..walaupun belum menjadi ustazah,dptlah jugak merasa jadi ustazah sekejap..


berbalik kpd cerita ttg cinta 5 perkara,cinta Allah melebihi segala-galanya,diikuti cinta rasul,ibu bapa,ummah dan kecemerlangan..dlm cinta yg disebutkan di atas tiada satu pun yg meletakkan cinta kpd kekasih dlm list tersebut...ini kerana cinta kpd kekasih hanyalah di dunia..tidak berkekalan pun..tapi klu cinta kpd Allah akan berkekalan...utk menunjukkan cinta kpd Allah ialah dgn melaksanakan suruhannya dan meninggalkan larangannya...


seterusnya cinta Rasulullah krn dlm al-quran sendiri pun ada menyebut "اطيعوا الله واطيعوا الرسول"..ini krn Rasulullah dpt memberi syafaat di hari akhirat kelak..kita digalakkan utk sentiasa berselawat kpd Rasulullah krn ia dpt memberi syafaat...spt yg tlh diriwayatkan oleh at-Tabrani melalui isnad2 yg baik yg berbunyi "Brgsiapa berselawat utkku 10 kali pd pg hari dan 10 kali pd ptg hari,mendapat syafaatku pd hari kiamat..".dan hadis Rasul yg berbunyi drpd Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda:"Org yg berselawat ke atas aku sekali,Allah berselawat ke atasnya 10 kali."-riwayat Muslim-


cinta ibu bapa slps cinta Rasul...ini krn tanpa ibu bapa kita tdk akan berada di dunia ni..kita disuruh utk sentiasa berbuat baik kpd mrk..spt hadis Rasulullah s.a.w yg berbunyi "Bilamana seorang anak melihat ibu bapanya dgn pandangan penuh kasih syg,Allah mencatatkan utknya spt pahala org yg mengerjakan umrah setiap satu pandangan."-riwayat Baihaqi-...ini bermakna walaupun kita hanya melihat ibu bapa kita,kita juga akan dpt pahalanya..subhanallah senangnya nak buat baik kat ibu bapa..

seterusnya cinta kpd ummah dgn berbakti kpd ummah dan menjalinkan hubungan yg baik dgn semua golongan..hadis nabi ada menyebut ertinya drpd Anas bin Malik r.a.,Nabi s.a.w. bersabda:"Sesiapa yg inginkan rezekinya diluaskan dan dipanjangkan usianya,maka jalinkanlah hubungan silaturrahim(dhn ihsan)."-riwayat Bukhari dan Muslim-...

akihr skali cintakan kecemerlangan...siapa yg nak cemerlang kan....cemerlang di sini bukanlah cemerlang di dunia semata-mata tetapi juga cemerlang di akhirat...ini kerana org yg palinh=g berjaya ialah org yg cemerlang di dunia dan di akhirat..untuk cemerlang di dunia dan di akhirat,kita wajib menuntut ilmu...spt hadis yg diriwayatkan oleh Ibn Majah dan Abu Ya'la yg bermaksud,drpd Anas bin Malik r.a., bersabda Rasulullah s.a.w.:"Menuntut ilmu adlh wajib ke atas setiap muslim."...


sekian..to be continued..wassalam.

Friday, February 19, 2010

Malam Emas Asasi...

salam....
malam emas asasi dtg lg...spt thn2 lps,PASUM akan mengadakan Malam Emas Asasi sbg slh satu anual dinner buat student2 PASUM..pd thn akan diadakan pd 20 Feb 2010 di mane tah lupe plak..yg pasti tmpt yg grand la..bg bdk PASUM kene byr RM70,bdk APIDS RM100..tp ade 2 org je bdk APIDS yg nak pegi..sedeynye...oh ya..tema mlm tersebut ialah "East Meets West".
wah,bergaya sakan la adik2 ku di PASUM ye...

tp bebudak APIDS yg x dpt pegi jgn sedey ye...esok(20hb) kite akan menyerbu Petrosains beramai-ramai ye...sbg ganti kos briefing yg asalnya senior ASIS nak buat tu,tp x jd sbb dorang blum abis cuti mid sem lg..hahaha..enjoy sakan la korang ye..jgn lupe diri suda...

seterusnya,21 hb kita akan main bowling di The Mines...utk muslimat je ye..muslimin jgn jeles..hehehe...korang pegi lain kali...

sabtu ngan ahad minggu ni terisi jugak..(x pe lps ni kene pulun utk final exam plak ye duhai shbt2ku sekalian)...

pastu minggu dpn pening jugak la...dgn testnye,dgn kuliah gantinya...mesti pdt gak la jadual kan...x pe,berkorban ape saja demi ilmu...oh ya nak bg tau ni test utk minggu dpn...so be prepared!!!!

isnin:test computer science
rabu:test fizik ngan engineering mathematics(amek ko,dua2 skali kene)...

tu je la..sekian wassalam..to be continued....

Friday, February 5, 2010

Che' Apids dan Kawah



Salam..

Fuhhh..lega diorang dapat jugak tempat ke-4 walaupun selama ni diorang x pernah pun buat ramai2..at least dapat la jugak duit kan..tahniah buat semua...

ok,skrg tiba masa utk smbung psl teori Darwin tu..

2) Slogan Darwinis:Golongan yg menolak teori evolusi adlh golongn berfikiran sempit dan tdk bersifat ilmiah.

- tp sebenanya teori evolusi adlah bercanggah dan bersifat songsang terhadap teori penciptaan yg mana dgn membuktikan kebenaran slh satu darinya akn menyebabkan pembtln terhadap satu yg lain..dgn kata lain,membatalkan evolusi bererti mengesahkan hakikat penciptaan..realiti bahawa teori Darwin ni sebenarnya pemikiran yg direka utk menyangkal kewujudan Allah..

- "dan jika kamu menuruti kebanyakan orang2 yg di muka bumi ini,nescaya mrk akan menyesatkanmu dr jln Allah.mrk tdk lain hanyalah mengikuti prasangka belaka,dan mrk tdk lain hanyalahberdusta(terhadap Allah)..--surah Al-An'am 6:116--

Hari ini terdpt byk gol saintis moden yg tlh menolak evolusi sekaligus mengakui bhw Tuhan Maha Kuasa lg Maha Bijaksana tlh menciptakan alam semesta ini..Antaranya ialah Prof. Owen Gingerich:prof astronomi dan sjrh ilmu pengetahuan di Uni Harvard, Carl Friedrich:prof bidang fzk di Uni Max Plank-Gasellschaft Jerman, Donald Chittick:prof bidang kimia di Uni Negeri Oregon, Robert Matthews:prof bidang fzk di Uni Oxford, Michael J. Behe:prof bidang biologi di Uni Lehigh, David Menton:prof anatomi di Uni Washington, S. Jecelyn Bell Burnell:prof bidang fzk di Uni Terbuka England dan William Dembski:kakitgn prof dlm Sains Asas di Uni Baylor..

to be continued..wassalam..

Tuesday, February 2, 2010

Balik kampung..

Hari Sabtu lps,bersamaan 30/1..saya tlh pulang ke kampung yg terchenta di ....terpaksa balik hr sabtu sbb jumaat x sempat,kls abis kul 6..so,nak dijadikan cerita,saya tlh menaiki bas ke .... pada pukul 11 pg n sampai kira2 kul 1.30..lewat dari yg dijangka sbb bas tu lalu ikut jln lama,bkn highway.....

sampai je di terminal,terasa nak terqada' hajat...so,saya pun pergilah tandas yg ada kat terminal tu...dgn yakinnya,setelah membayar yuran tandas sebanyak RM0.30,saya pun masuk ke dlm tandas dgn keyakinan yg tinggi tanpa melihat sekeliling...

Mula2,pelik gak,apasal gelap...saya pun tanyalah makcik yg jaga tu,boleh gune x tandas ni?soalan yg dirasakan agak cerdik sbb da bayar pun yuran tu,x kan x bole masuk plak kan?

Lps masuk tu,saya pelik,knp ada lelaki dlm tandas tu?bila pikir scr positif,mungkin pakcik tu nak bersihkan tandas kot...x lama lps tu,makcik yg jaga kaunter tu masuk dan die ckp,"Dik,tandas perempuan kt sblh"....

Oppss...salah masuk tandas rupenye..hehe..dgn selambanya,saya keluar sambil melihat gamba yg ada sblm masuk tandas tu..mmg btul la saya salah masuk tandas...hehe...naseb bek x masuk btul2 kan?klu x,mesti kecoh...tu la,len kali nak masuk tandas tu,tgk la gamba yg ada tu..lelaki or permpuan or unisex..........haha...rasa lawak pun ada...bole plak keluar sambil buat muke x de perasaan je..hehe..tapi sbnarnya malu gak...


Hari Ahad tu,pagi pergi pekan sehari....jln2 cuci mata...almaklumlah,da lama x jln2 pekan sehari..hehe..ptg tu plak,ummi wat birthday utk adik yg ke-2 bwah saya..hidangannya amat menarik iaitu:ayam BBQ,mee goreng,soto n kek semestinya....n plg ramai ialah bdk2 sekitar umur 2-12 tahun..hehe..sbb tu sume kwn2 adik saya tu...yang menariknya jamuan tu,kami buat kat halamn rumah,bersamaan picnic dpn rumah..x semena-mena,hujan turun,lalu abah memayungi mereka dgn payung cam yg ada kat kedai mkn tu...

Oh ya,selain bdk2 tu,mak2 diorang ade gak,tp yg ada bau2 bacang je la...hehe..nak ajak satu kg,x cukup bajet 2010...abis makan+kemas,saya gi merempit?x de la,gi jln2 je keliling kampung...best gilerr....

Akhir sekali,sampai mase utk blik smula ke KL...tiket bas kul 2 petang..lps solat n salam ngan abah, ummi n angah,saya pun naik bas...sampai je dlm bas,nmpak sorang makcik pegang buku tjuk Quran Saintifik...dlm hati saya ckp,saya ada buku tu,tp x abis bace..hehe...disebabkan rasa jeles tgk makcik tu,saya pun keluarkan buku yg ada dlm beg,konon nak baca jugak la..hehe..Alhamdulillah,abis jugak separuh buku tu...tu la,klu ada rasa jeles cam tu,baru nak baca...klu x simpan je la dlm beg,jd perhiasan kan....

Oh ya,tajuk buku yg saya baca tu ialah:Percanggahan Darwinisme terhadap Al-Quran,karya Harun Yahya...di bwh ni ada ckit yg kita amek pengajaran InsyaAllah...

1) Charles Darwin,yg kemukakan teori evolusi yg dipanggil Darwinisme..
-Charles Darwin sbg pengasas teori evolusi, mempertimbangkan slh satu sistem kompleks yg terdpt pd makhluk hidup,dlm hal ini cthnya,mata,beliau tlh pun menyedari akan bahaya yg bakal mengancam teorinya bahkan sbg nama yang dikutip drpd pengakuan beliau sendiri,memadai dgn melihat kpd organ mata cukup membuatkan seluruh tubuhnya menggigil.cthnya,golongan evolusionis menyatakan bhw mata yg terdiri dr lebih 40 komponen berbeza terbentuk scr kebetulan..Namun mrk gagal menjelaskan bagaimana ia terbentuk..Hakikatnya,adlah mustahil sekadar kebetulan mampu 'mencipta' rekaan yg sgt menakjubkan itu...


seterusnya...to be continued...wassalam....

Friday, January 29, 2010

Ketika Cinta Bertasbih

Salam...
Knp saya letak tjuk post kali ni Ketika Cinta Bertasbih???
Sebabnya,sblm melawat blog ni,saya tlh menonton KCB bersama teman tersayang di bilik .... di kk12..
Cerita ni asal dr sebuah novel karya Habiburrahman El Shirazy dgn tjuk yg sama tp tlh diadaptasikan ke dlm filem...penulis yg sama juga tlh menulis novel Ayat2 Cinta yg meletup tu...

Bagi saya,cerita ni byk pengajaran jugak..antaranya:
1)Berhati2:
dlm cite ni,ada satu scene yg menunjukkan watak utamanya,Azzam,yg x bagi roomate dia tumpangkan kwnnya menginap dlm rumah diorang..mungkin dia ada feel benda buruk nak jadi kot+kita x bole percaya sgt kat org luar ni,tmbh2 lg wkt kita berada kt luar negara sbb bleh jd kita akan mudah ditipu...dan ternyata ketidakizinan Azzam tu ada natijahnya sbb mlm tu ada polis dtg rumah diorang nak cari sorang pengganas ni...polis tu dpt tahu pengganas tu ada kt rumah diorang..dan mmg btul org yg nak menginap tu adlh pengganas(kwn kpd roomate Azzam tu) ....nasib baik Azzam x bagi dia menginap,klu x,dgn diorang sekali masuk jel...

2)Redha:
knp saya ckp redha?sbnrnya kwn saya yg ckp cite ni byk mengajar erti redha...cthnya,Azzam yg redha bila dpt tahu yg org yg dia suka(watak utama per,Anna) tu sudah dipinang org....pastu,Azzam tu redha dia dijodohkan dgn sape2 oleh kiyai Lutfi..dia sami'na waato'na...

dan byk lg la,saya x dpt nak pikir dah...klu nak tahu lebih lanjut,tgk la sendiri..cite ni jugak mengajar kita sume bhw jodoh tu di tgn Allah...klu Allah da ttpkan kita dgn org ni,mmg kita akan bersama dgn dia jugak akhirnya..x perlu la sibuk nak bercouple....bukan jamin pun couple kita tu akan jd suami au isteri kita...


Ok,ats psl KCB,skrg nak cite psl diri saya plak..hehe....
akhirnya berakhir jugak minggu ni..dan bln 1 pun da nak abis...nak masuk bln 2 plak...sekejap je rasanya...1hb 2 ni cuti Hari Wilayah..so,dpt la cuti 3 hari,sabtu,ahad,isnin..dan yg plg ptg,bole balik....hahaha..cdgnya sabtu nak balik sbb klu blik jumaat,x sempat...amali fizik je td abis kul 6..alhamdulillah eksperimen hari ni agak senang...

Esok,bersamaan hari sabtu,ada pertandingan mengacau bubur asyura kat kolej 12 ni,anjuran Frienster 12...ahad plak ada lari2 keliling UM...yg dirasmikan oleh Dato' Ahmad Shabery Cheek..sbnrnya nak tgk gak org kacau asyura esok,tp nak balik... nk tgk sbb bdk Apids yg masuk pertandingan tu..InsyaAllah klu sempat esok,saya g tgk kejap diorang memasak..hehe..nantikan kemunculan saya duhai shbt2ku sekalian...

rasanya sampai kat cni je kot post kali ni...nak siapkan sume tutorial sblm blik sbb klu balik,x bole nak buat tutorial...sekian,jumpa lagi..wassalam.....

Wednesday, January 27, 2010

4 Golongan Lelaki

Salam...alhamdulillah hari ni InsyaAllah saya nak berkongsi ckit tazkirah ttg 4 golongan lelaki....siapakah golongan tersebut?Jawapannya ada di bawah ni....


4 Golongan Lelaki

Pertama:- Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat..... tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri...... walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya..... jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM .... tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak....... nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat... maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S. W. T.


Wahai sahabat2 lelaki sekalian...Adakah anda sudah menjalankan tanggungjawab kalian semua???
Sepatutnya sebagai lelaki yang menjadi pemimpin kepada sesebuah keluarga,menjadi tanggungjawab anda semua terhadap insan yang bergelar wanita...
Mahukah anda ditarik ke dalam api neraka disebabkan perkara ini??

Jadi fikir2kanlah...

Saturday, January 23, 2010

Testing..testing..

Salam...
Alhamdulillah,akhirnya saya berjaya juga membuat blog saya sendiri pada hari ni,bersamaan 24 January 2010..da lame da sbnrnye nak buat,tapi x de mase...tp ari ni terbuat gak...sambil menyiapkan note chem yang da lama tertangguh..hehe....sekian dulu utk permulaan ni..nak sambung wat tutorial plak....wassalam...