Sunday, October 10, 2010

5 syarat nak buat maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

TUJUH SIFAT YANG MENJADIKAN ORANG-ORANG MUKMIN BERUNTUNG…


Salam....

Please read and try to understand what is all about in this Surah Al-Mukminun(1-11).

﴿بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ ﴾

In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

﴿قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ - الَّذِينَ هُمْ فِى صَلاَتِهِمْ خَـشِعُونَ - وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُّعْرِضُونَ - وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَـوةِ فَـعِلُونَ - وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَـفِظُونَ - إِلاَّ عَلَى أَزْوَجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَـنُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ - فَمَنِ ابْتَغَى وَرَآءَ ذلِكَ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْعَادُونَ - وَالَّذِينَ هُمْ لاًّمَـنَـتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَعُونَ ﴾

وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَوتِهِمْ يُحَـفِظُونَ- أُوْلَـئِكَ هُمُ الْورِثُونَ- الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَـلِدُونَ-﴾

(1. Successful indeed are the believers.)

(2. Those who with their Salah are Khashi`un.)

(3. And those who turn away from Al-Laghw.)

(4. And those who pay the Zakah.)

(5. And those who guard their private parts.)

(6. Except from their wives or their right hand possessions, for then, they are free from blame.)

(7. But whoever seeks beyond that, then those are the transgressors.)

(8. Those who are faithfully true to their Amanat and to their covenants are Ra`un.)

(9. And those who strictly guard their Salawat.)

(10. These are indeed the heirs. )

(11. Who shall inherit Firdaws. They shall dwell therein forever.)

p/s : a source from e-book of Tafsir Ibn Kathir...

10 Peringatan Bumi

Salam.....

Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas Bin Malik r. a;

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Friday, July 23, 2010

FESTIVAL KONVOKESYEN UNIVERSITI MALAYA 2010 ( FESKUM10 )

Salam...

FESKUM kembali lagi.....

Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang menarik sepanjang Feskum berlangsung...



Majlis Perasmian
31.7.2010(Sabtu) - 3.00p.m.
Auditorium Kompleks Perdanasiswa

Futsal Piala Datuk Naib Canselor
1.8.2010(Ahad) - 8.00a.m.
Gelanggang Futsal,Fakulti Undang-undang

MAWARIS(Malam Warga Istimewa)
4.8.2010(Rabu) - 8.00p.m.
Auditorium Kompleks Perdanasiswa

Bicara Mufti
5.8.2010(Khamis) - 8.00p.m.
Auditorium Kompleks Perdanasiswa

Suara Siswa
6.8.2010(Jumaat) - 8.00p.m.
Auditorium Kompleks Perdanasiswa

Kempen Derma Darah
2 - 4.8.2010(Isnin - Rabu) - 12.00p.m. - 5.00p.m.
Auditorium Kompleks Perdanasiswa

Pameran
2 - 7.8.2010(Isnin - Sabtu ) -9.00a.m. - 10.00p.m.
Ruang Legar Kompleks Perdanasiswa

Pertandingan Gerai Contoh
2 - 7.8.2010(Isnin - Sabtu ) -9.00a.m. - 10.00p.m.
Tapak Premium C (Gerai Pelajar)

Gerai Jualan
2 - 7.8.2010(Isnin - Sabtu ) -9.00a.m. - 10.00p.m.
Sekitar Auditorium Kompleks Perdanasiswa & Dewan Tunku Canselor

Mock Trial
4 - 7.8.2010(Rabu - Sabtu) - 9.00p.m.
Auditorium Fakulti Undang-undang


Sebarang pertanyaan,sila hubungi :
Malarvilli Meganathan - 017 5412284


So,dijemput semua warga Malaysia amnya dan warga Universiti Malaya khususnya untuk hadir dan bersama-sama memeriahkan lagi FESKUM2010............

Sekian dahulu untuk kali ini......wassalam...............



























































Thursday, July 15, 2010

SO TIRED..........


salam....

I feel so tired this week...dengan jadual yang tidak menentu..ye la kan...ni baru first week..feel like everyday I have to think about my schedule....argh.........

tapi alhamdulillah ni baru first week dan merupakan minggu add and drop,so lecture pun just introduction.....

teringat lecture pengantar usuluddin tengah hari tadi,lecturer tu ada cakap sepatutnya sebagai orang Islam,kita kena melazimi diri kita dengan menyebut Allah bukan Tuhan...sebab Allah itu Esa,bukan Satu...kalau satu,ada nombor lain sebelum dan selepas nombor satu...esa pulak lebih kurang macam tunggal,ahad bukan wahid......seperti kisah Bilal bin Rabah saat diseksa oleh tuannya...Bilal menyebut Ahad.....Ahad...Ahad.... yang bermaksud Esa...kalau wahid maksudnya satu..

Hatta dalam numeric number pun ada nombor sebelum 0....betul tak?kalau tak betul,sorry ek....ingat-ingat lupa...

lagi satu lecturer tu kata,kalau sebut Tuhan dan ulang sebanyak 3 kali,akan dengar seperti tu han tu....kan ada bunyi hantu...that's why la orang Melayu ni kebanyakannya lebih takutkan hantu daripada Allah....sebab tak takut Allah lah,suka buat maksiat(perkara jahat)........

one thing yang akan membuat diri ini busy ialah saya terlibat dengan unit penerangan dan publisiti untuk FESKUM(Festival Konvo. UM).....nak balik pun terpaksa tangguh...sepatutnya nak balik jumaat pagi,tapi balik petang pulak sebab ada meeting....tapi tidak mengapa....ni lah saat nak mengaktifkan diri....dan tak lupa,nak cari pengalaman...hehe....semoga Allah permudahkan segala urusan kami...Amiiin.........

sekian dulu untuk hari ni,sekian...wallahua'alm....wassalam.............

Saturday, July 10, 2010

Freshies........


Salam sejahtera,salam 1 Malaysia...........


Alhamulillah Minggu Haluan Siswa sudah berakhir dengan jayanya pada Jumaat baru-baru ini...


Dan bermula juga kehidupanku sebagai mahasiswi di universiti tertua dan terulung di Malaysia tidak asing lagi iaitu Universiti Malaya....


Ha...esok dah start kuliah pertama..berdebar jugak rasenya..Maklumlah sebelum ni asasi,jadual pun ditentukan...tapi sekarang da buat jadual sendiri mengikut kesesuaian masa yang ada...


Sekian dulu untuk kali ini,ada masa akan bersambung dengan kehidupanku di UM....


Wassalam....

Saturday, April 24, 2010

CUTI...CUTI....

Salam.....

setelah sekian lama tidak menulis di blog ini,rasa-rasanya da berapa minggu da....sibuk dengan exam lagi...sibuk dengan study lagi..hehe..

tetapi akhirnya berakhir jua kehidupan di asasi sejak seminggu lalu...ini bermakna cuti sudah bermula selama kira2 3 bulan sebelum masuk semula ke UM untuk sesi 10/11 untuk alam degree pulak...hehe...

rasa macam x percaya je..da nak masuk degree...umur pun da nak masuk 20thn...cam tua je...ini mengingatkan diri bahawa semakin dekat usia nak mati...amal pun ntah cukup ntah tidak...tetapi insyaallah akan buat amal selagi termampu....

so,untuk mengisi masa cuti ni,beberapa perkara harus diselesaikan...
1) baca buku(ape2 je la)
2) banyakkan amal ibadah
3) tanggungjawab terhadap Allah..

sekian untuk kali ni,,,,wassalam......